glitter-graphics.com

~Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan~

Jumaat, 4 Januari 2013

kenapa sebelum tido dan kenapa subuh.??

"mulut kata tak kisah tapi dalam hati tersangat kisah...ada rahsia disebalik permintaan.. duhai hati sabar dan sabarlah untuk sementara waktu.. mungkin akan ada manisnya nanti.. :') "If I miss you, I am pray for you. Then I mentioned your name in my last sujud." :')"


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

              Alhamdulillah jumaat pertama dalam tahun baru ni.. 2013 tak sangka umur pun dah meningkat.. kata orang makin meningkat umur makin dekat ngan kematian.. subhanallah... takut memikirkan semua tu.. Dear diariku "tuju-tuju rindu" dah lama rasanya tangan ni tak menari-nari kat keyboard ni.. hari ni saya kat KL.. herm.. mengambil masa untuk tenangkan diri.. perjalanan tadi membuatkan hati saya sayu.. ye hujan yang turun membuatkan saya teringatkan seseorang.. teringatkan sidia yang berada jauh dimata dan di bawah lindungan Allah hendaknya.. Sebelum bertolak tadi saya mengemas barang dan mengangkat barang ke dalam kereta melihat keadaan saya mama pun cakap " herm.. lau dulu sidia yang angkatkan barang2 kan.. ha.. ni sidia exam angkat la sendiri.." bila dalam bilik plak mama tengok cik teddy.. lagi dengar mama cakap " ni mesti sidia yang bagi.. herm.. gaduh ngan sidia, menyusahkan sidia n ambik pon barang sidia.." hati makin sayu ditahan air mata yang hampir menitis.. bila diingat-ingat sekarang kami dah jarang mesej... herm pernah juga seorang sahabat tanya kenapa dah lama tak mesej.. saya hanya senyum dan menjawab kami dah tak mesej tapi kami masih contact..si dia akan call saya setiap kali sebelum tido dan setiap kali bangun subuh. pelikkan tapi kenapa sebelum tido dan bangun subuh.? tanya kawan saya lagi " awak tak takut ke si dia cari orang lain bila dia bosan nanti.. lelaki cepat bosan tau.. lau tak mesej nanti dia cari lain.. " walaupun sedikit terusik dengan kata-kata sahabat tu saya hanya mampu tersenyum..

 kenapa sebelum tido..??
 -> sebab saya tahu dia tido lewat dan dia pon akan call saya tiap kali lewat malam.. tiap kali call mesti dia hanya tanya khabar dan tak cakap lama.. kat situ saya dah kurang bergaduh ngan dia.. biasa tiap kali dia call saya akan minta dia janji yang bukan2 je..menambahkan dosa dia jika dia tak tunaikan dan saya tau saya selalu buat dia stress.. jadi nak kurangkan stress dia saya suh dia call sebelum tido.. lagi satu saya tau doa pada tengah malam biasanya Allah makbulkan.. jadi kadang-kadang saya lupa untuk doakan dia sebelum tido.. untuk bt saya selalu ingat dia, saya suh dia call saya sebelum tido.. kadang-kadang saya akan ambik peluang untuk doakan dia setiap kali dalam sujud..walaupon kejap je dia cakap ngan saya itu dah memadai bagi saya.. malam juga penghujung hari..saya tak tau mungkinkah esok masih ada jadi saya ambil peluang bertanya khabar pada malam tu.. mungkin esok saya tak sempat lagi nak bertanya khabar tapi sekurang-kurangnya malam tu saya tau dia sihat-sihat je..
kenapa bangun subuh..??
->subuhkan permulaan hari.. kalau boleh saya nak dengar khabar dia dan tau dia bangun untuk solat pagi tu.. saya pula selalu sukar nak bangun pagi.. tambah lagi bila sekarang saya sibuk dengan asigment dan exam.. semua tu akan buat saya sukar bangun pagi... terima kasih sebab tunaikan permintaan saya walaupon saya tak tau awak ikhlas atau tak lakukan semua tu..

tak kisah ke dia tak mesej..??
-> kisah k tak kisah.? mungkin mulut boleh cakap tak kisah,akal pon boleh cakap tak kisah tapi hati hanya Allah yang tahu.. sebenarnya saya kisah sangat sekiranya dia tak mesej.. dulu selalu mesej tapi sekarang dah tak.. memang susah nak terima semua tu tapi saya cuba juga untuk terima.. mungkin ni satu cara supaya saya redha dengan ketentuanNYA.. andai suatu hari nanti dia lupakan saya dan tak hubungi saya lagi mungkin mudah untuk saya terimanya nanti..sebenarnya mungkin dengan tak mesej ni saya boleh buat dia tenang.. lau dia mesej saya, biasa saya akan banyak tanya dan saya akan merajuk atau mungkin akan buat dia marah.. saya selalu nak dia pujuk dan sebagainya dan saya tau dia mungkin rimas dengan saya mungkin dengan tak mesej saya boleh buat dia tenang dan saya cuba sedaya upaya untuk terima jika dia tak mesej saya walaupon dalam hati hanya Allah yang tahu..

tak takut ke dia cari lain.??
->subhanallah.. ikhlasnya saya cakap memang saya takut.. takut sangat-sangat.. kadang-kadang saya nak je dia jaga ikhtilat dan hubungan dia ngan kawan-kawan wanita lain.. takut dia akan terpikat kat mana-mana perempuan lain tapi sebenarnya saya harus sedar cinta tak semetinya memiliki dan bila kerana Allah saya sepatutnya terima jika dia akan temui calon lain.. dia berhak memilih teman hidup dia.. dan saya perlu redha, rela dan ikhlas dengan apa yang bakal terjadi...

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

p/s : Rindu ▬► Tengok Gambar ▬► Ambil Wuduk ▬► Solat ▬► Berdoa "Ya Allah, Jika Ini Jodoh Aku Dan Dia Kau Kekalkanlah Perhubungan Kami, Satukanlah Kami. Amin ♥" !!!!..." :')