glitter-graphics.com

~Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan~

Khamis, 20 September 2012

saya sayang awak dan dia kerana Allah ( saya,dia dan awak )

"Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, tidak memilih siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DIHATI."

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk mengupdate blog.. Sayang tak semestinya bersama itulah ungkapan yang sering saya dengar..YaAllah kuatkah hati ini menerima semua ini..? bilakah semuanya akan berakhir.? pening memikirkan apa yang telah terjadi dalam beberapa hari ini.. semua di dalam dilema dan semuanya menjadi mangsa keaadaan..Walaupun matlamat saya couple untuk kahwin tapi sekarang saya akan cuba belajar menerima apa sahaja kesudahanNya.. saya tak nak sakitkan hati sidia.. saya tak nak si dia merasa terbeban..saya nak sidia bahagia kerana bila si dia bahagia saya juga akan turut merasa bahagia. Mungkin saya yang harus berkorban.. saya sayang dia dan saya tidak mahu dia terima saya kerana keluarga saya. cinta dan sayang tak semestinya harus dibalas dan seperti kata sidia sayang tak semestinya bersama.. Saya redha dan pasrah.. apapun kesudahannya cerita cinta kami saya terima..dan kepada awak.. terimalah dia dengan hati terbuka jika awak menjadi pilihan si dia.. jagalah sidia sebaik mungkin.dan kepada sidia, jangan awak persiakan orang yang awak sayang.. jagalah orang yang awak sayang sebaik mungkin.. kami boleh menerima awak seadanya awak dan harap awak hargai kami..jangan persiakan harapan dan kepercayaan kami.. 






Andai kau tahu.
Aku juga harap kau tahu
Aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku 

Namun aku tidak boleh menjamin apa-apa
Bukan aku yang menulis di luh mahfuz sana

tapi DIA
DIA ,ALLAH yang menjadikan dirimu dan diriku,
di tanganNya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak tahu
InsyaALLAH Jodoh tidak akan lari jika sudah memang ditakdirkan kita bersama
Biarpun beribu bidadari/bidadara datang melamar ku,
InsyaALLAH dirimu tetap untukku,
Jika itu yang ALLAH kehendaki.

Jodoh itu seperti rezeki.
Dan ku amat berharap dirimulah akan menjadi rezeki terindah dari Allah buatku..
Namun ku insan yang tiada daya dan upaya melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya

Ku mohon sungguh Ya ALLAH,
Kuatkanlah imanku dan imannya..
Jika dia benar untukku,
Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,
Jika dia bukan untukku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu
Agar aku tidak kecewa dengan keputusan Mu

p/s : 
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling menggembirakan. Namun didalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.Andai tidak mampu,kita akan tersungkur. Bercintalah sepenuh hati, namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.. Cinta itu anugerah dari Allah dan manfaatkannya untuk menuju yang satu iaitu untuk mencapai redhaNya.


Rabu, 19 September 2012

Kerana kami sayang awak.. ( 19/9/2012,Rabu, 11.42a.m )

mimpi buruk,,sedar terus dpt call,,emm,,mimpi itu petanda..


Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...
          Kerana kami sayangkan awak, kami buat macam tu.. yaAllah.. kami betul-betul sayang awak.. Tadi kami hanya inginkan penjelasan dari awak.. kami sayang awak sangat2.. dalam berbincang tadi saya bersalah sebab terbaling telefon kat awak.. saya minta maaf.. saya tak sengaja.. saya memang pantang dengar awak sebut awak nak pergi meninggalkan kami.. tolong jangan cakap nak pergi mati.. saya tak boleh terima.. sebab saya tak sengaja tu awak buat keputusan.. YaAllah..ampunkan saya..
         Saya sayang awak dan saya sayang dia.. saya rela terima jika awak pilih dia.. tapi tolong jangan buat kami sedih.. saya tau awak baik dan seperti kami juga awak mangsa keadaan..

Dari tadi kau berlari
ku fikirkan.. hanya engkau yg ku idamkan
tak pernah pula kau bercerita.. siang mlm kau menderita
jangan dibiarkan perasaan menawar hati
jangan dibiarkan semuanya berlalu pergi

aku di sini
ku tetap berdiri
ku mengundang kasih
pergi sendiri
 kita kan bersama

jgn pulangkan kerinduan
tiap kali kau berjauhan
tidak mudah ku melupakan.. kerna sayang
kali pertama di pandangan
buat ku terbang di awangan
jangan pulangkan kerinduan.. kerna sayang

engkau memungkiri janji.. bukan aku
engkau yg melupakannya.. bukan aku
hanya aku yg impikan.. agar kita berbahagia hingga ke anak cucu
tapi itu semuanya kenangan.. yg tinggal hanya perasaan
dlm doaku hanya ingin selalu di samping mu.. oh pulanglah

 kerna sayang setiap kali ku mengenangkan mu..
siang..mlm.. ku doakan kebahagian mu
yg ku pinta hanyalah.. tulus hati mu..
ada kau balas kerinduan ku

p/s : kami sayang awak..T_T semoga kita semua diberi ketabahan untuk hadapi semua ni..serahkan semuanya pada DIA.. insyaAllah akan ada kesudahan yang baik..
  • semua diluar kawalan kami.. maafkan kami..
    p/s : kadang-kadang kita akan buat sesuatu yang tak sepatutnya kerana ingin jaga orang yang kita sayang.. maafkan kami sebab buat awak sakit.. Semoga Allah sentiasa bersama kita..saya sayang awk dan dia.. — with Noor Hasiyah Iya.

Isnin, 17 September 2012

Ya Allah izinkan selamanya dia dihatiku.. ^.^

"Allah izinkanlah aku Bahagiakan dia Meski dia telah jauh Biarkanlah aku Bererti untuk dirinya"


Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim..
     Alhamdulillah ya Allah kerana saya masih diberi peluang untuk menikmati segala kebesaranMu..Ya Allah ya maha pemurah lindungi aku,sayangi aku kuatkan diriku...Ampuni aku ya Allah, aku rapuh dalam mengejar cintaMu.. aku lemah dalam menerima ujianMu.. perit terasa hati ni apabila tersedar yang diri ni mudah mendengar suara kecil lagi halus yang menghasut dalam diri.. Terima kasih YaAllah kau hadirkan dia ketika aku hilang kawalan.. terima kasih awak kerana menasihati saya.. pertama kali saya dengar dan rasa awak begitu marah dengan saya..

      YaAllah berat ujianMu..ketika hati ini sedang ingin menikmati kebahagian. kau datangkan ujian..kenapa disebabkan orang lain saya yang mendapat hukuman..Apa yang telah saya lakukan yaAllah.. Saya tak pernah berniat untuk menyakiti dan mengguriskan hati siapa2. yaAllah hanya engkau yang tahu apa kebenarannya..Saya tak pernah inginkan semua ni terjadi..Ampuni saya ya Allah.. Saya rindu dia YaAllah dan berharap sidia sentiasa percaya saya.. tiada apa yang saya harapkan melainkan kepercayaannya terhadap saya masih kukuh..

        Semalam Engkau berikan saya kesakitan.. saya tau itu hanya semata2 ingin menghapuskan dosa..Ya Allah saya sedih dan takut..sedih kenapa kerana saya terasa kehilangan..hilang cintaMu ya Allah dan hilang cinta sidia..takut..?? kenapa saya takut.? kerana saya takut hilang cintaMu yaAllah dan saya takut hilang cinta semua orang yang saya cinta..lagi terasa takut apabila kau datangkan sekali lagi ujian melalui seseorang yang saya tak kenal melalui fb yang menghina diri ni YaAllah.. Saya takut.. kenapa mesti saya yang dia hina.. siapa dia yaAllah.. selain padaMu pada siapa lagi saya ingin mengadu..? Pada mama ngan ayah.? semestinya tidak kerana itu akan membuat mereka lagi risau.. kepada sidia.? walaupun saya masih lagi mengharap untuk menceritakan pada sidia tapi mungkin  tidak boleh..dulu dia cakap mengembirakan saya bila saya sedih dan takut adalah peranan dia tapi sekarang saya tak tau adakah masih akan menjadi peranan si dia.? semua jawapan hanya ada padaMu ya Allah..

                       izinkan selamanya dia dihatiku


Detik waktu terus berjalan

Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi

Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah

Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati

Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu

Semua berakhir padaMu

P/S : Tuhan jagakan dia, Dia kekasihku kan tetap milikku..Aku sungguh mencintai ,Sungguh menyayangi setulus hatiku..

Ahad, 16 September 2012

"saya cinta dia kerana Allah.. "

"Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau tahu segala isi hatiku Pelihara daku dari kemurkaanMu"


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah...

         Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa sahaja yang melawat blog saya ni.. Alhamdulillah dalam menunggu masa untuk keluar makan sempat lagi saya mengupdate blog.. Apa khabar perasaan dan hati saya sekarang..? erm.. YaAllah kuatkan hati saya.. Ya dia milkku dan jua miliknya.. 15/9/2012 hari sabtu saya dan si buah hati sempat jalan2 kat time square..sempat makan sama2,main sama2 dan bergambar sama2.. perasaan saya hanya Allah yang tahu.. ^_^
        
           Keluar bersama2 dengan si buah hati banyak memberi kenangan pada saya.. ya kami keluar sama2 tapi kami ditemani rakan2 saya.. ketika pulang dari time square didalam bas Sidia janji akan call saya hari ni.. si dia janji nak nyanyi untuk saya.. dan semestinya saya menunggu untuk malam ni..
  
          Hari ni banyak yang terjadi perasaan sedih yang teramat.. perit..ingin sahaja saya menangis tp dalam hati masih mengharapkan si dia untuk ada menemani saya.. janji si dia untuk sentiasa menemani saya ketika saya sedih akan saya pegang sampai bila2..Ya Allah saya sayang dia keranaMU..




  Gambar ketika di time square <3 <3



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 

Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 



Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 



Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 



Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 



Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 



Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala 

         p/s : Saya sayang dia sangat tapi jika itu takdirnya saya terima.. 



Selasa, 11 September 2012

Rindu itu anugerah Allah

"Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah."


Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

 Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk mengupdate blog..3 hari saya meninggalkan kampung halaman dah buat saya rasa rindu yang teramat sangat..Hari pertama datang kolej, dihantar family.. sempat lagi keluar makan bersama-sama.. paling best bila si dia pun ada sama.. ya.. saya rindu.. rindukan semua..hari ni sorang2 dalam bilik buat hati saya makin rindu.. semestinya yang paling utama saya rindukan keluarga saya.. biar apa orang nak kata saya manja ke apa yang penting saya tau rindu tu datangnya dari rasa cinta dan sayang terhadap sesuatu.. Saya rindu keluarga saya itu tandanya saya sayang dan cintakan mereka.. Alhamdulillah mama dan ayah saya mampu pupuk rasa cinta dan kasih dalam diri saya..

Ya Allah, saya rindu dan tersangat rindu.. rindu juga pada si dia..walaupun jarak kami bukan la jauh tapi hati ini sentiasa rindu.. biarlah dia tak tahu..biarlah dia tak sedar tapi hati ini akan sentiasa merindu..terkadang terasa jauh..dan terkadang tertanya-tanya adakah sidia juga rindu saya sebagaimana saya rindukan dia..saya rindukan kejujuran dia.. terima kasih awak kerana sentiasa jujur dengan saya.. ^_^




Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan

Allah izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Bererti untuk dirinya
p/s : Rindu itu Adalah anugerah dari Allah... ^_^



Rabu, 5 September 2012

Tetapkan hatinya ya Allah.. ˙•Ù •●❤

"Adakalanya, AIR MATA akan tetap JATUH BERGUGURAN di pipi walau dalam SENYUMAN, lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN, mudah terguris dan terhiris, hati halusnya menguatkan SEMANGAT dalam diri dan hanya LELAKI SEJATI sahaja yang mampu menjadi PENAWAR buat dirinya."

 

Assalamualaikum...
bismillahirrahmanirrahim...
 

Subhanallah.. saya mencintainya.. Alhamdulillah ya Allah.. dalam kesedihan melanda diri ini Engkau hadirkan dia sebagai penawarnya... ya, saya dalam proses perubahan.. saya tau saya bukanlah sebaik orang lain.. sealim orang lain tapi saya sedang berusaha untuk berubah.. sedihnya bila ada yang mempertikaikan pakaian saya.. memang saya bertudung labuh tapi saya juga punyai perasaan.. sepatutnya itu hak saya untuk tidak approve sape2 kat FB saya tapi bila dah buat macam tu ada plak yang tak puas hati dan hantar chatt kat fb..Sedih bila kita cuba untuk memperbaiki diri ada yang cuba pertikaikan.. Saya tahu ini ujian dari Allah ingin menguji sejauh mana kesungguhan saya untuk berubah..dalam cuba untuk menjadi lebi tabah mengalir juga air mata bila ada yang menghina.. tak pernah terasa sedih yang teramat sangat.. tapi Alhamdulillah ya Allah Engkau hadirkan dia untuk memujuk hati supaya lebih bersabar... terima kasih  kerana sudi memujuk saya bila saya sedih.. katanya itu dah jadi peranan dia.. tersenyum bila mendengar kata-kata sidia..Harap Allah tetapkan hati dia untuk terus menjadi penawar ketika saya berduka..


 Saat air matamu membasahi wajahmu, hadir seorang insan yang akan selalu menghapusnya dan menjadi tumpuan hidupmu dalam menjalankan ibadah dan mengharap redha Ilahi Robbi.


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmu
Ya Allah jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta
subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku

P/S :  "SEKIRANYA kita rasa kesakitan sewaktu BERCINTA, maka Allah ingin menguji percintaan kita. Dan kita akan tertanya-tanya adakah itu jodoh kita..JAWAPANNYA adalah keyakinan kita. KEBAHAGIAAN akan wujud jika kita menyayangi dan mencintaiNYA kerana Allah."

Jumaat, 31 Ogos 2012

♡ ALLAH tahu apa yang ada di HATIMU ♥

31/8/2012 bukan tarikh kemerdekaan je.. 1@2 tahun..? T_T semoga berkekalan.. ♥♥♥

 

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim..
 
       Hai kawan2 semua. :) dah lama rasanya saya tak up date blog.. Entry kali ni tentang  tarikh 31/8....erm ada apa ngan tarikh ni..?  31/8/2012 bukan tarikh kemerdekaan je.. 1@2 tahun..? T_T semoga berkekalan.. ♥♥♥..mungkin si dia tak ingat tarikh ni tapi bagi saya tarikh ni memang amat bermakna.. hee~ tarikh ni kali ke dua si dia melamar saya. hehehe.. malam raya ke dua si dia call saya sebagai hadiah ulang tahun yang pertama sidia nyanyi tuk saya.. herm.. lagu kegemaran saya kut tuju-tuju rindu.. sangat2 lah terharu sampai nangis2..yang tu untuk ulangtahun dalam kalendar islam.. hehehe.. ( 2 syawal..) untuk ulang tahun seterusnya plak pada 31/8.. ingat nak minta hadiah kali kedua.. tanya si dia macamana nak kira setahun ke dua tahun..si dia cakap kira dua tahun.. walaupon kisahnya pelik putus sambung,putus sambung tapi masih anggap tarikh tu sebagai permulaan hubungan kami..kali ni saya tak dapat hadiah.. minta sidia nyanyi tapi si dia tak nak sebab sidia ngantuk nak tidur penat bekerja katanya.. sedikit sedih tapi malas nak pikir sangat sebab saya tau si dia memang penat bekerja..

                                                      Hadiah daripada si dia <3 <3 <3
         
 Bukan kerana paras dan rupa
menyayangimu sepenuh hati
Bukan kerana emas permata
cintaku tulus suci

Bumi yang mana tak ditimpa hujan
lautan mana tak bergelora
begitu juga dengan kasih kita
penuh ranjau berduri

Berjanjilah oh kekasih
hanya aku bertahkta dihatimu
buangkanlah kesangsian
hulurkan la seribu kasih sayang

Usah diungkit sejarah dulu
luka yang pahit biarkan berlalu
selagi nyawa dikandung badan
engkau tetap ku sayang

Berjanjilah oh kekasih
hanya aku bertahkta dihatimu
buangkanlah kesangsian
hulurkan la seribu kasih sayang

Usah diungkit sejarah dulu
luka yang pahit biarkan berlalu
selagi nyawa dikandung badan
engkau tetap ku sayang

Bukan kerana paras dan rupa
menyayangimu sepenuh hati
Bukan kerana emas permata
cintaku tulus suci….

p/s : saya tak pernah nak mengharap lebih2.. cukup la apa yang awak dah buat untuk saya.. tak nak terlalu mengharap apa yang saya inginkan adalah kejujuran dari awak..sayangilah saya kerana Allah dan janganlah sayang saya kerana nafsu..