"cinta itu adalah amanah allah utk manusia dalam satu
kehidupan berpasangan..cinta bukan mainan janjian diantara pagar sesama hati..cinta itu adalah pintu hati yg sentiasa terbuka,dan mudah
boleh dimiliki dengan cinta yg hakiki.."
Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah sekali lagi petang ini saya diberi peluang untuk mengupdate blog..Genap 11 hari kita berpuasa.. hmm..walaupun sedang berpuasa saya tetap bersemangat nak mengupdate blog.. hehehe.. entah apa la mimpi saya semalam yang membuatkan saya makin berminat untuk menulis tentang CINTA..hari ini bukan nak tulis tentang kisah putus cinta tapi kali ini saya nak menulis tentang istikharah cinta..
Petang2 camni saya memang suka sangat melayan perasaan bukan kerana hati sedang bebunga-bunga tapi sekadar menghilangkan rasa bosan.. Tiba2 terdengar lagu ni.. hmm.. syok jg dgr lagu ni.. jom layan.. ^_^
Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta
Tiba-tiba berangan tentang bakal suami yang telah tertulis di Luh Mahfuz.. herm.. agak2nya apalah yang sidia sedang buat sekarang yer.. erm duhai calon suamiku yang telah tertulis di Luh Mahfuz, saya ada sedikit pesanan untuk awak.. ^^
saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diri saya ini untuk memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir
pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi saya juga punyai keinginan seperti
gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga,
memimpinku kearah tuju yang satu.
Tidak perlu awak memiliki wajah
seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk
membuat saya terpikat. Andainya awaklah jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz,
Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati saya, juga dihati awak ketika kali
pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita
tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan awak zahirkan
perasaan awak itu kepada saya kerana awak masih tidak mempunyai hak untuk
berbuat begitu. Juga jangan awak lampaui batasan yang telah ditetapkan
syara’. saya takut perlakuan awak itu akan memberi impak yang tidak baik
dalam kehidupan kita kelak.
Permintaan saya tidak banyak, cukuplah
diri awak yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. saya akan
berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran
perjuangan awak. Bahkan saya amat bersyukur pada Ilahi kiranya sayalah yang
ditakdirkan meniup semangat juang awak, menghulurkan tangan saya untuk berpaut
sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan
kemenangan atau syahid itu. Akan saya kesat darah dari luka awak dengan
tangan saya sendiri. Itulah impian saya.
saya pasti berendam airmata
darah andainya awak menyerahkan seluruh cinta awak pada saya. Bukan itu yang
saya impikan. Cukuplah awak mencintai Allah dengan sepenuh hati awak.
Kerana dengan mencintai Allah awak akan mencintai saya keranaNya. Cinta itu
lebih abadi dari cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan
mempertemukan kita kembali di syurga.
saya juga tidak ingin
dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah
diberikan ibubapa saya dulu. Apa guna awak menimbun harta untuk kemudahan saya
sekiranya harta itu membuatkan awak lupa pada tanggungjawab awak terhadap
agama awak. saya tidak akan sekali-kali bahagia melihat awak begitu. Biarlah
kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi saya..

Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagian antara kami
agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan
abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan
miliku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah ia dari
ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa
bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang, Tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengan
dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya
apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku, kerana
engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia
dan di akhirat, dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan
engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah
aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat
membina Kesejahteraan hidup, ke jalan yang Engkau redhai dan
kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .
P/S dari diriku yang sedang menunggu imam kepada diriku dan ayah kepada anak2 ku : Jika diri mu di saat-saat ini sedang menunggu seseorang
untuk menjalani kehidupan menuju redha-Nya di samping memperbaiki diri di dalam
kesempatan itu, maka bersabarlah kerana Allah s.w.t. akan menjawabnya dengan
lebih INDAH pada saat yang TEPAT. (",)