glitter-graphics.com

~Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan~

Selasa, 7 Ogos 2012

♥ Luahan Hatiku.. ♥

"Sesungguhnya apabila saya menasihati awak, bukanlah bererti saya yang terbaik dalam kalangan awak semua, bukanlah juga yang paling soleh dari kalangan awak semua, kerana saya juga pernah melampaui batas pada diri sendiri...Ya Allah,Ku mohon agar peliharalah hatiku ini, agar cintaMU kekal menjadi cinta yang utama..."

 Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim..
 
Alhamdulillah ya Allah sudah hampir 18 hari umat islam berpuasa. Semakin hari hati ini semakin risau dan gelisah.. Apakah bulan yang penuh keberkatan ini sudah saya jalani dengan sempurna..? Adakah sudah cukup amalan saya selama ini..? dalam kerisaun memikirkan segala amalan saya selama ni, saya teringatkan ada seorang hamba Allah memanggil saya dengan gelaran ustazah.. Hati semakin gelisah dan sedih mendengar gelaran tu.. layakkah gelaran itu saya terima hanya semata-mata kerana saya bertudung labuh..???



~ Mereka kata saya USTAZAH kerana tudung saya yang labuh dari tudung saya yang sebelumnya..
Mereka kata saya SOLEHAH kerana acap kali saya post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah dan sebagainya... ~

TAPI..
Jauh di sudut hati saya,
Mahu saja saya MENANGIS SEKUAT HATI.. 
Saya SEDANG BERTARUNG dengan diri saya sendiri,
TAK MUDAH..
Allah sahaja TAHU apa yang terbuku di hati saya.. 
Saya masih berada di dalam LAUTAN KEKURANGAN..
Kadangkala saya TERGELINCIR kerana
Jalan kehidupan saya penuh dengan kenikmatan..
MAAFKAN hambaMu ini Ya Allah kerana kadangkalanya hamba KHILAF..
Terlupa ke arah mana yang patut hamba tuju..
SEBAK HATI tatkala saya terbayang,
Bilakah WAKTU TERAKHIR saya?
Di manakah TEMPAT TERAKHIR saya.?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada dengan saya?
Dengan CARA APAKAH akan saya akhiri cerita hidup saya.?


Ya Allah, 
hamba insan lemah,
hamba sering tergoda dengan cinta makhlukMu,
hamba selalu lupa akan janji hamba untuk mencintaiMu melebihi segalanya,
Masih lagi ada rasa cemburu hamba pada cinta makhlukMu,
Ya Allah
 tiada daya lagi dalam diri hamba untuk mengejar cinta makhlukMu,
Cukuplah padaMu saja hamba serahkan hidup dan mati hamba,
Cukuplah padaMu saja hamba serahkan urusan hidup hamba,
Tiadalah lagi  hamba berharap melainkan hanya padaMu 


Ku menatap dalam kelam, 
Tiada yang bisa ku lihat selain hanya nama-Mu ya Allah....
Esok ataukah nanti, ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah...
Kau tempatku meminta, Kau beriku bahagia...Jadikan aku selamanya hamba-Mu yang slalu bertakwa....
Ampuniku ya Allah..Yang sering melupakan-Mu... 
Saat Kau limpahkan karunia-Mu, dalam sunyi aku bersujud...

1 ulasan: