"Allah izinkanlah aku Bahagiakan dia Meski dia telah jauh Biarkanlah aku Bererti untuk dirinya"
Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah ya Allah kerana saya masih diberi peluang untuk menikmati segala kebesaranMu..Ya Allah ya maha pemurah lindungi aku,sayangi aku kuatkan diriku...Ampuni aku ya Allah, aku rapuh dalam mengejar cintaMu.. aku lemah dalam menerima ujianMu.. perit terasa hati ni apabila tersedar yang diri ni mudah mendengar suara kecil lagi halus yang menghasut dalam diri.. Terima kasih YaAllah kau hadirkan dia ketika aku hilang kawalan.. terima kasih awak kerana menasihati saya.. pertama kali saya dengar dan rasa awak begitu marah dengan saya..
YaAllah berat ujianMu..ketika hati ini sedang ingin menikmati kebahagian. kau datangkan ujian..kenapa disebabkan orang lain saya yang mendapat hukuman..Apa yang telah saya lakukan yaAllah.. Saya tak pernah berniat untuk menyakiti dan mengguriskan hati siapa2. yaAllah hanya engkau yang tahu apa kebenarannya..Saya tak pernah inginkan semua ni terjadi..Ampuni saya ya Allah.. Saya rindu dia YaAllah dan berharap sidia sentiasa percaya saya.. tiada apa yang saya harapkan melainkan kepercayaannya terhadap saya masih kukuh..
Semalam Engkau berikan saya kesakitan.. saya tau itu hanya semata2 ingin menghapuskan dosa..Ya Allah saya sedih dan takut..sedih kenapa kerana saya terasa kehilangan..hilang cintaMu ya Allah dan hilang cinta sidia..takut..?? kenapa saya takut.? kerana saya takut hilang cintaMu yaAllah dan saya takut hilang cinta semua orang yang saya cinta..lagi terasa takut apabila kau datangkan sekali lagi ujian melalui seseorang yang saya tak kenal melalui fb yang menghina diri ni YaAllah.. Saya takut.. kenapa mesti saya yang dia hina.. siapa dia yaAllah.. selain padaMu pada siapa lagi saya ingin mengadu..? Pada mama ngan ayah.? semestinya tidak kerana itu akan membuat mereka lagi risau.. kepada sidia.? walaupun saya masih lagi mengharap untuk menceritakan pada sidia tapi mungkin tidak boleh..dulu dia cakap mengembirakan saya bila saya sedih dan takut adalah peranan dia tapi sekarang saya tak tau adakah masih akan menjadi peranan si dia.? semua jawapan hanya ada padaMu ya Allah..
izinkan selamanya dia dihatiku
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
P/S : Tuhan jagakan dia, Dia kekasihku kan tetap milikku..Aku sungguh mencintai ,Sungguh menyayangi setulus hatiku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan