“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” - Surah Asy-Syura, ayat 30."
Assalamualaikum..
bismillahirrahmnirrahim..
Alhamdulillah dah masuk bulan oktober.. herm.. tak sangka cepat je masa berjalan..hari ni hari lahir ayah saya.. ayah saya yang tersayang.. yaAllah harap ayah saya sentiasa sihat,panjang umur dan sentiasa bahagia serta sentiasa di bawah redhaNYA..herm..hari ni saya nak up date blog tentang sakit itu kafarah dosa.. Alhamdulillah seperti yang telah termaktub dalam Al-Quran surah Asy-syura ayat 30 yang bermaksud "“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” - Surah Asy-Syura, ayat 30." mendengar dan membaca surah ni membuatkan saya rasa begitu bersemangat menjalani hari2..
Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. sakit..? jangan risau.. ada yang cakap pada saya sakit itu kafarah dosa.. kita perlu sabar bila diberikan kesakitan.. suka mendengarnya.. dan ada juga yang cakap.. sakit.? jangan dilayan sangat sakit tu.. kalau dilayan sakit tu akan bertambah teruk.. betul juga kata si dia.. senyum.. bila sakit jangan pernah merungut.. ingat Allah sayang hambanya sebab itu kita diberikan kesakitan.. hidup perlu diteruskan jangan mengalah pada penyakit.. Selagi hidup, kita harus teruskan perjuangan dan jangan lupa untuk menikmati nikmat Allah.. sakit perlu diubati bukan untuk ditangisi.. jumpa doktor,makan ubat dan jangan lupa untuk memohon doa dariNYA.. ^_^
p/s : hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan