glitter-graphics.com

~Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan~

Isnin, 19 November 2012

MasyaAllah..Saya yang sering terlupa.. T_T

"Belum pernah ada cinta..Di dalam kehidupan manusia, Sepanjang masa bahagia..Tanpa air mata...Terima dan nikmati apa yang ada, kerana segalanya akan berakhir sebagaimana ia bermula."

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim......

       Alhamdulillah setelah seminggu bercuti akhirnya saya kembali meneruskan rutin harian. Pergi kelas, buat assigment dan sebagainya.. Alhamdulillah hidup sebagai pelajar universiti ni memang banyak dugaannya.. dugaan dengan assigment lagi dugaan dengan perasaan sendiri lagi.. semuanya memerlukan kekuatan dalam diri.. apa perasaan saya malam ni.? erm.. sedih, sedih yang teramat sangat.. itulah akibatnya jika buat sesuatu tidak berfikir panjang.. kadang-kadang bila ingin menjaga hati sendiri ni terkadang kita lupa untuk menjaga hati orang lain. mungkin apa yang kita buat itu boleh buat kita gembira tapi seharusnya sebelum membuat sesuatu perkara kita harus berfikr panjang dan memikirkan juga perasaan orang sekeliling..

       kebahagiaan mungkin hanya seketika.. kadang-kadang jangan terlalu gembira dengan kebahagiaan yang kita miliki sekarang kerana takut nanti kita akan terlalu meratapi kedukaan.. Reda dan rela merupakan sikap hidup yang sangat baik. ia dapat membantu mengusir kegelisahan dan membantu mencapai kejayan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah dapat mengekalkan hubungan dan keharmonian sesebuah hubungan. Hidup umpama roda, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah.. disebabkan terlalu inginkan kebahagiaan sebagaimana yang dimiliki orang lain saya sering mencuba untuk bergembira seperti mereka.. ye terasa ingin seperti mereka yang sentiasa menceritakan kebahagiaan mereka dengan insan tersayang sehingga lupa bahawa setiap orang tidak mempunyai kisah yang sama.. saya seharusnya bersyukur dengan apa yang saya miliki dan bukan cuba untuk dapatkan kebahagiaan sama dengan orang lain.. pesan sidia "  sayang jangan la jeles, insyaAllah syg pn akn gembira sebagaimana mereka nanti bila kita dah kahwin, abg janji.." herm..kata-kata tu la yang membuatkan saya kembali mengumpul semangat untuk terus bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang..

      Takut sejarah berulang kembali.. takut kehilangan si dia.. takut hati sidia beralih kepada orang lain.. semuanya membuatkan saya takut.. kerana ketakutan itu jugalah saya bertindak mengongkong sidia.. kononya ingin mengikat si dia supaya tidak berubah hati. saya lupa bahawa semuanya telah ditetapkan oleh Allah.. sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita mencuba untuk bertahan jika Allah tak mengizinkan dia untuk kita, dia tidak akan menjadi milik kita.. Astaghfirullahalazim kenapa saya boleh lupa. seperkara lagi.. saya lupa dalam hubungan kita mesti ada kepercayaan dan sekiranya tiada keprcayaan macamana kita akan hidup bersama. Maafkan saya awak.. saya terlalu takut kehilangan dan terlalu takut sejarah berulang kembali sehingga lupa apa yang telah awak lakukan untuk membuat saya gembira.. saya lupa sebalik kebahagian yang saya kecapi ni ada yang akan terluka.. saya lupa untuk menjaga hati orang lain.. maafkan saya..


Di saat ini jiwa merintih
Teringatkan mu wahai kekasih
Setelah lama tidak berjumpa
Menatap wajah bertentang mata

Aduh sayang sakitnya hatiku
Bagai dipanah duri sembilu
Apakah dosaku kau buat begitu
Diri terseksa tiap waktu
Aduh sayang

Bakawali… bunga suci
Ditinggalkan sang kekasih
Bakawali… bunga sepi
Tak pernah curang dalam cinta
Biarpun hatinya sering saja menangis
Dan jiwanya terluka

Dulu sendiri, kini sendiri
Tiada siapa yang peduli
Dulu menanti, kini menanti
Dia yang dipuja-puja tiada di sisi

Sesekali aku teringin jua
Untuk merasakan manisnya cinta
Namun mengapa ku tak berdaya menggapainya…
Mungkin itu suratan azali


p/s untuk sidia :  awak...saya tidak mahu apa2 pun dari awak melainkan sayang awak pada saya kerana Allah dan saya nak awak tau saya nak awak jujur dengan saya..Apa pun sikap awak saya terima Asalkan ada kebaikan Walaupun sering saya awak tinggalkan Itu tiada bermakna awak akan saya abaikan dan lupakan...saya berharap semoga sejarah tidak akan berulang lagi dan hubungan kita akan diredhai Allah.. cintailah dan sayangilah saya kerana Allah dan terimalah saya seadanya.. terima kasih untuk semuanya.. 










Khamis, 15 November 2012

kenangan itu indah.. ( tiada duka yang abadi ) ^_^

"Lupakan apa yang terjadi semalam , jangan difikirkan apa yang akan terjadi esok, yang penting bagaimana kita ingin lalui hari ini. Kejadian semalam kita simpan jadi kenangan dan pedoman untuk hari ini. Untuk hari esok kita terima dengan hati dan minda yang terbuka kerana semuanya telah ditentukan untuk kita. "

Assalamualaikum...
bismilahirrahmanirrahim..
      

          Alhamdulillah syukur pada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas dan menikmati nikmat Allah.. Sedar atau tidak kita telah melangkah ke tahun baru islam.. Salam maal hijrah untuk semua.. berbagai pengalaman dan kejadian yang telah berlaku pada tahun yang lepas diharap semuanya akan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup saya.. walaupun tahun lepas berbagai kisah sedih yang saya alami diharap kenangan itu akan kekal dalam ingatan.. Masih segar dalam ingatan ni bagaimana saya hadapi semua kenangan tu.. Tahun lepas saya berpisah dengan si dia.. Tahun lepas juga saya hampir kehilangan kawan baik saya.. Ya Allah indahnya ujianMu untukku.. sungguh kenangan yang tak dapat saya lupakan. 

             Hari ini saya mempunyai semua tu.. si dia dan kawan baik saya masih ada untuk saya.. Sungguh saya takut kehilangan orang-orang yang saya sayang.. saya sayang mereka kerana Allah.. tak sanggup lagi kehilangan mereka.. teima kasih kerana masih sudi berada disisi saya.. diharap hubungan yang kita bina tidak akan pernah putus lagi.. kata mama saya, pergaduhan tu nak menguji sejauh mana rasa kasih kita pada orang yang kita sayang dan dengan pergaduhan la kita akan jadi lebih dekat.. betapa sakit dan peritnya kehilangan orang yang disayangi.. betapa sakitnya mengalami kekecewaan.. tapi semuanya saya cuba hadapi dengan berbekalkan kata-kata "tiada duka yang abadi" dan "apa yang anda beri itu yang anda dapat". kata-kata yang banyak memberi semangat.. 




untuk sahabatku dan si dia :


Tak dapat nakku gambarkan sayang
Betapa kuatnya cintaku ini
Hanya tuhan saja yang tahu niatku yang suci
Ingin terus hidup bahagia denganmu

Dari hari ke hari kurasa
Kasih sayang kusemakin dalam
Tak pernah kubenci padamu
Walaupun hatiku pernah dilukai

Jangan kau pergi meninggalkanku
Tak sanggupku berpisah denganmu
Bagaimana nanti bila aku rindu
Dimana tempat nakku bermanja

Demi tuhanku sayang padamu
Airmata menjadi saksinya
Bagaimana lagi hendakku buktikan
Kesetiaannya cintaku ini

Apakah lagi yang kau mahu
Tak cukupkah pengorbananku
Semoga kau mengerti perasaanku
Betapa ikhlasnya cintaku

Bila hatiku sudah sayang
Bukan mudah nakku lupakan
Biarpun pedih dugaan
Relaku hadapi 

Cinta lahir dari lubuk hati
Bukan sengaja di paksa - paksa
Sekali bilaku jatuh cinta selamanya
aku ingin bersamamu


p/s :Ku cuba sedaya Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina Kerna pasti aku Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu..Tuhan berikanlah Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku Bersama mengharapkan Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia.. terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya dan mengajar saya erti bahagia dan duka..selamat tahun baru islam dan  semoga sejarah tidak akan berulang lagi.. terimalah saya seadanya saya.. ^_^