"Belum pernah ada cinta..Di dalam kehidupan manusia, Sepanjang masa bahagia..Tanpa air mata...Terima dan nikmati apa yang ada, kerana segalanya akan berakhir sebagaimana ia bermula."
Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim......Alhamdulillah setelah seminggu bercuti akhirnya saya kembali meneruskan rutin harian. Pergi kelas, buat assigment dan sebagainya.. Alhamdulillah hidup sebagai pelajar universiti ni memang banyak dugaannya.. dugaan dengan assigment lagi dugaan dengan perasaan sendiri lagi.. semuanya memerlukan kekuatan dalam diri.. apa perasaan saya malam ni.? erm.. sedih, sedih yang teramat sangat.. itulah akibatnya jika buat sesuatu tidak berfikir panjang.. kadang-kadang bila ingin menjaga hati sendiri ni terkadang kita lupa untuk menjaga hati orang lain. mungkin apa yang kita buat itu boleh buat kita gembira tapi seharusnya sebelum membuat sesuatu perkara kita harus berfikr panjang dan memikirkan juga perasaan orang sekeliling..
kebahagiaan mungkin hanya seketika.. kadang-kadang jangan terlalu gembira dengan kebahagiaan yang kita miliki sekarang kerana takut nanti kita akan terlalu meratapi kedukaan.. Reda dan rela merupakan sikap hidup yang sangat baik. ia dapat membantu mengusir kegelisahan dan membantu mencapai kejayan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah dapat mengekalkan hubungan dan keharmonian sesebuah hubungan. Hidup umpama roda, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah.. disebabkan terlalu inginkan kebahagiaan sebagaimana yang dimiliki orang lain saya sering mencuba untuk bergembira seperti mereka.. ye terasa ingin seperti mereka yang sentiasa menceritakan kebahagiaan mereka dengan insan tersayang sehingga lupa bahawa setiap orang tidak mempunyai kisah yang sama.. saya seharusnya bersyukur dengan apa yang saya miliki dan bukan cuba untuk dapatkan kebahagiaan sama dengan orang lain.. pesan sidia " sayang jangan la jeles, insyaAllah syg pn akn gembira sebagaimana mereka nanti bila kita dah kahwin, abg janji.." herm..kata-kata tu la yang membuatkan saya kembali mengumpul semangat untuk terus bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang..
Takut sejarah berulang kembali.. takut kehilangan si dia.. takut hati sidia beralih kepada orang lain.. semuanya membuatkan saya takut.. kerana ketakutan itu jugalah saya bertindak mengongkong sidia.. kononya ingin mengikat si dia supaya tidak berubah hati. saya lupa bahawa semuanya telah ditetapkan oleh Allah.. sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita mencuba untuk bertahan jika Allah tak mengizinkan dia untuk kita, dia tidak akan menjadi milik kita.. Astaghfirullahalazim kenapa saya boleh lupa. seperkara lagi.. saya lupa dalam hubungan kita mesti ada kepercayaan dan sekiranya tiada keprcayaan macamana kita akan hidup bersama. Maafkan saya awak.. saya terlalu takut kehilangan dan terlalu takut sejarah berulang kembali sehingga lupa apa yang telah awak lakukan untuk membuat saya gembira.. saya lupa sebalik kebahagian yang saya kecapi ni ada yang akan terluka.. saya lupa untuk menjaga hati orang lain.. maafkan saya..
Di saat ini jiwa merintih
Teringatkan mu wahai kekasih
Setelah lama tidak berjumpa
Menatap wajah bertentang mata
Aduh sayang sakitnya hatiku
Bagai dipanah duri sembilu
Apakah dosaku kau buat begitu
Diri terseksa tiap waktu
Aduh sayang
Bakawali… bunga suci
Ditinggalkan sang kekasih
Bakawali… bunga sepi
Tak pernah curang dalam cinta
Biarpun hatinya sering saja menangis
Dan jiwanya terluka
Dulu sendiri, kini sendiri
Tiada siapa yang peduli
Dulu menanti, kini menanti
Dia yang dipuja-puja tiada di sisi
Sesekali aku teringin jua
Untuk merasakan manisnya cinta
Namun mengapa ku tak berdaya menggapainya…
Mungkin itu suratan azali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan