glitter-graphics.com

~Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan~

Jumaat, 4 Januari 2013

kenapa sebelum tido dan kenapa subuh.??

"mulut kata tak kisah tapi dalam hati tersangat kisah...ada rahsia disebalik permintaan.. duhai hati sabar dan sabarlah untuk sementara waktu.. mungkin akan ada manisnya nanti.. :') "If I miss you, I am pray for you. Then I mentioned your name in my last sujud." :')"


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

              Alhamdulillah jumaat pertama dalam tahun baru ni.. 2013 tak sangka umur pun dah meningkat.. kata orang makin meningkat umur makin dekat ngan kematian.. subhanallah... takut memikirkan semua tu.. Dear diariku "tuju-tuju rindu" dah lama rasanya tangan ni tak menari-nari kat keyboard ni.. hari ni saya kat KL.. herm.. mengambil masa untuk tenangkan diri.. perjalanan tadi membuatkan hati saya sayu.. ye hujan yang turun membuatkan saya teringatkan seseorang.. teringatkan sidia yang berada jauh dimata dan di bawah lindungan Allah hendaknya.. Sebelum bertolak tadi saya mengemas barang dan mengangkat barang ke dalam kereta melihat keadaan saya mama pun cakap " herm.. lau dulu sidia yang angkatkan barang2 kan.. ha.. ni sidia exam angkat la sendiri.." bila dalam bilik plak mama tengok cik teddy.. lagi dengar mama cakap " ni mesti sidia yang bagi.. herm.. gaduh ngan sidia, menyusahkan sidia n ambik pon barang sidia.." hati makin sayu ditahan air mata yang hampir menitis.. bila diingat-ingat sekarang kami dah jarang mesej... herm pernah juga seorang sahabat tanya kenapa dah lama tak mesej.. saya hanya senyum dan menjawab kami dah tak mesej tapi kami masih contact..si dia akan call saya setiap kali sebelum tido dan setiap kali bangun subuh. pelikkan tapi kenapa sebelum tido dan bangun subuh.? tanya kawan saya lagi " awak tak takut ke si dia cari orang lain bila dia bosan nanti.. lelaki cepat bosan tau.. lau tak mesej nanti dia cari lain.. " walaupun sedikit terusik dengan kata-kata sahabat tu saya hanya mampu tersenyum..

 kenapa sebelum tido..??
 -> sebab saya tahu dia tido lewat dan dia pon akan call saya tiap kali lewat malam.. tiap kali call mesti dia hanya tanya khabar dan tak cakap lama.. kat situ saya dah kurang bergaduh ngan dia.. biasa tiap kali dia call saya akan minta dia janji yang bukan2 je..menambahkan dosa dia jika dia tak tunaikan dan saya tau saya selalu buat dia stress.. jadi nak kurangkan stress dia saya suh dia call sebelum tido.. lagi satu saya tau doa pada tengah malam biasanya Allah makbulkan.. jadi kadang-kadang saya lupa untuk doakan dia sebelum tido.. untuk bt saya selalu ingat dia, saya suh dia call saya sebelum tido.. kadang-kadang saya akan ambik peluang untuk doakan dia setiap kali dalam sujud..walaupon kejap je dia cakap ngan saya itu dah memadai bagi saya.. malam juga penghujung hari..saya tak tau mungkinkah esok masih ada jadi saya ambil peluang bertanya khabar pada malam tu.. mungkin esok saya tak sempat lagi nak bertanya khabar tapi sekurang-kurangnya malam tu saya tau dia sihat-sihat je..
kenapa bangun subuh..??
->subuhkan permulaan hari.. kalau boleh saya nak dengar khabar dia dan tau dia bangun untuk solat pagi tu.. saya pula selalu sukar nak bangun pagi.. tambah lagi bila sekarang saya sibuk dengan asigment dan exam.. semua tu akan buat saya sukar bangun pagi... terima kasih sebab tunaikan permintaan saya walaupon saya tak tau awak ikhlas atau tak lakukan semua tu..

tak kisah ke dia tak mesej..??
-> kisah k tak kisah.? mungkin mulut boleh cakap tak kisah,akal pon boleh cakap tak kisah tapi hati hanya Allah yang tahu.. sebenarnya saya kisah sangat sekiranya dia tak mesej.. dulu selalu mesej tapi sekarang dah tak.. memang susah nak terima semua tu tapi saya cuba juga untuk terima.. mungkin ni satu cara supaya saya redha dengan ketentuanNYA.. andai suatu hari nanti dia lupakan saya dan tak hubungi saya lagi mungkin mudah untuk saya terimanya nanti..sebenarnya mungkin dengan tak mesej ni saya boleh buat dia tenang.. lau dia mesej saya, biasa saya akan banyak tanya dan saya akan merajuk atau mungkin akan buat dia marah.. saya selalu nak dia pujuk dan sebagainya dan saya tau dia mungkin rimas dengan saya mungkin dengan tak mesej saya boleh buat dia tenang dan saya cuba sedaya upaya untuk terima jika dia tak mesej saya walaupon dalam hati hanya Allah yang tahu..

tak takut ke dia cari lain.??
->subhanallah.. ikhlasnya saya cakap memang saya takut.. takut sangat-sangat.. kadang-kadang saya nak je dia jaga ikhtilat dan hubungan dia ngan kawan-kawan wanita lain.. takut dia akan terpikat kat mana-mana perempuan lain tapi sebenarnya saya harus sedar cinta tak semetinya memiliki dan bila kerana Allah saya sepatutnya terima jika dia akan temui calon lain.. dia berhak memilih teman hidup dia.. dan saya perlu redha, rela dan ikhlas dengan apa yang bakal terjadi...

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

p/s : Rindu ▬► Tengok Gambar ▬► Ambil Wuduk ▬► Solat ▬► Berdoa "Ya Allah, Jika Ini Jodoh Aku Dan Dia Kau Kekalkanlah Perhubungan Kami, Satukanlah Kami. Amin ♥" !!!!..." :')

Isnin, 19 November 2012

MasyaAllah..Saya yang sering terlupa.. T_T

"Belum pernah ada cinta..Di dalam kehidupan manusia, Sepanjang masa bahagia..Tanpa air mata...Terima dan nikmati apa yang ada, kerana segalanya akan berakhir sebagaimana ia bermula."

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim......

       Alhamdulillah setelah seminggu bercuti akhirnya saya kembali meneruskan rutin harian. Pergi kelas, buat assigment dan sebagainya.. Alhamdulillah hidup sebagai pelajar universiti ni memang banyak dugaannya.. dugaan dengan assigment lagi dugaan dengan perasaan sendiri lagi.. semuanya memerlukan kekuatan dalam diri.. apa perasaan saya malam ni.? erm.. sedih, sedih yang teramat sangat.. itulah akibatnya jika buat sesuatu tidak berfikir panjang.. kadang-kadang bila ingin menjaga hati sendiri ni terkadang kita lupa untuk menjaga hati orang lain. mungkin apa yang kita buat itu boleh buat kita gembira tapi seharusnya sebelum membuat sesuatu perkara kita harus berfikr panjang dan memikirkan juga perasaan orang sekeliling..

       kebahagiaan mungkin hanya seketika.. kadang-kadang jangan terlalu gembira dengan kebahagiaan yang kita miliki sekarang kerana takut nanti kita akan terlalu meratapi kedukaan.. Reda dan rela merupakan sikap hidup yang sangat baik. ia dapat membantu mengusir kegelisahan dan membantu mencapai kejayan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah dapat mengekalkan hubungan dan keharmonian sesebuah hubungan. Hidup umpama roda, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah.. disebabkan terlalu inginkan kebahagiaan sebagaimana yang dimiliki orang lain saya sering mencuba untuk bergembira seperti mereka.. ye terasa ingin seperti mereka yang sentiasa menceritakan kebahagiaan mereka dengan insan tersayang sehingga lupa bahawa setiap orang tidak mempunyai kisah yang sama.. saya seharusnya bersyukur dengan apa yang saya miliki dan bukan cuba untuk dapatkan kebahagiaan sama dengan orang lain.. pesan sidia "  sayang jangan la jeles, insyaAllah syg pn akn gembira sebagaimana mereka nanti bila kita dah kahwin, abg janji.." herm..kata-kata tu la yang membuatkan saya kembali mengumpul semangat untuk terus bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang..

      Takut sejarah berulang kembali.. takut kehilangan si dia.. takut hati sidia beralih kepada orang lain.. semuanya membuatkan saya takut.. kerana ketakutan itu jugalah saya bertindak mengongkong sidia.. kononya ingin mengikat si dia supaya tidak berubah hati. saya lupa bahawa semuanya telah ditetapkan oleh Allah.. sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita mencuba untuk bertahan jika Allah tak mengizinkan dia untuk kita, dia tidak akan menjadi milik kita.. Astaghfirullahalazim kenapa saya boleh lupa. seperkara lagi.. saya lupa dalam hubungan kita mesti ada kepercayaan dan sekiranya tiada keprcayaan macamana kita akan hidup bersama. Maafkan saya awak.. saya terlalu takut kehilangan dan terlalu takut sejarah berulang kembali sehingga lupa apa yang telah awak lakukan untuk membuat saya gembira.. saya lupa sebalik kebahagian yang saya kecapi ni ada yang akan terluka.. saya lupa untuk menjaga hati orang lain.. maafkan saya..


Di saat ini jiwa merintih
Teringatkan mu wahai kekasih
Setelah lama tidak berjumpa
Menatap wajah bertentang mata

Aduh sayang sakitnya hatiku
Bagai dipanah duri sembilu
Apakah dosaku kau buat begitu
Diri terseksa tiap waktu
Aduh sayang

Bakawali… bunga suci
Ditinggalkan sang kekasih
Bakawali… bunga sepi
Tak pernah curang dalam cinta
Biarpun hatinya sering saja menangis
Dan jiwanya terluka

Dulu sendiri, kini sendiri
Tiada siapa yang peduli
Dulu menanti, kini menanti
Dia yang dipuja-puja tiada di sisi

Sesekali aku teringin jua
Untuk merasakan manisnya cinta
Namun mengapa ku tak berdaya menggapainya…
Mungkin itu suratan azali


p/s untuk sidia :  awak...saya tidak mahu apa2 pun dari awak melainkan sayang awak pada saya kerana Allah dan saya nak awak tau saya nak awak jujur dengan saya..Apa pun sikap awak saya terima Asalkan ada kebaikan Walaupun sering saya awak tinggalkan Itu tiada bermakna awak akan saya abaikan dan lupakan...saya berharap semoga sejarah tidak akan berulang lagi dan hubungan kita akan diredhai Allah.. cintailah dan sayangilah saya kerana Allah dan terimalah saya seadanya.. terima kasih untuk semuanya.. 










Khamis, 15 November 2012

kenangan itu indah.. ( tiada duka yang abadi ) ^_^

"Lupakan apa yang terjadi semalam , jangan difikirkan apa yang akan terjadi esok, yang penting bagaimana kita ingin lalui hari ini. Kejadian semalam kita simpan jadi kenangan dan pedoman untuk hari ini. Untuk hari esok kita terima dengan hati dan minda yang terbuka kerana semuanya telah ditentukan untuk kita. "

Assalamualaikum...
bismilahirrahmanirrahim..
      

          Alhamdulillah syukur pada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas dan menikmati nikmat Allah.. Sedar atau tidak kita telah melangkah ke tahun baru islam.. Salam maal hijrah untuk semua.. berbagai pengalaman dan kejadian yang telah berlaku pada tahun yang lepas diharap semuanya akan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup saya.. walaupun tahun lepas berbagai kisah sedih yang saya alami diharap kenangan itu akan kekal dalam ingatan.. Masih segar dalam ingatan ni bagaimana saya hadapi semua kenangan tu.. Tahun lepas saya berpisah dengan si dia.. Tahun lepas juga saya hampir kehilangan kawan baik saya.. Ya Allah indahnya ujianMu untukku.. sungguh kenangan yang tak dapat saya lupakan. 

             Hari ini saya mempunyai semua tu.. si dia dan kawan baik saya masih ada untuk saya.. Sungguh saya takut kehilangan orang-orang yang saya sayang.. saya sayang mereka kerana Allah.. tak sanggup lagi kehilangan mereka.. teima kasih kerana masih sudi berada disisi saya.. diharap hubungan yang kita bina tidak akan pernah putus lagi.. kata mama saya, pergaduhan tu nak menguji sejauh mana rasa kasih kita pada orang yang kita sayang dan dengan pergaduhan la kita akan jadi lebih dekat.. betapa sakit dan peritnya kehilangan orang yang disayangi.. betapa sakitnya mengalami kekecewaan.. tapi semuanya saya cuba hadapi dengan berbekalkan kata-kata "tiada duka yang abadi" dan "apa yang anda beri itu yang anda dapat". kata-kata yang banyak memberi semangat.. 




untuk sahabatku dan si dia :


Tak dapat nakku gambarkan sayang
Betapa kuatnya cintaku ini
Hanya tuhan saja yang tahu niatku yang suci
Ingin terus hidup bahagia denganmu

Dari hari ke hari kurasa
Kasih sayang kusemakin dalam
Tak pernah kubenci padamu
Walaupun hatiku pernah dilukai

Jangan kau pergi meninggalkanku
Tak sanggupku berpisah denganmu
Bagaimana nanti bila aku rindu
Dimana tempat nakku bermanja

Demi tuhanku sayang padamu
Airmata menjadi saksinya
Bagaimana lagi hendakku buktikan
Kesetiaannya cintaku ini

Apakah lagi yang kau mahu
Tak cukupkah pengorbananku
Semoga kau mengerti perasaanku
Betapa ikhlasnya cintaku

Bila hatiku sudah sayang
Bukan mudah nakku lupakan
Biarpun pedih dugaan
Relaku hadapi 

Cinta lahir dari lubuk hati
Bukan sengaja di paksa - paksa
Sekali bilaku jatuh cinta selamanya
aku ingin bersamamu


p/s :Ku cuba sedaya Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina Kerna pasti aku Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu..Tuhan berikanlah Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku Bersama mengharapkan Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia.. terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya dan mengajar saya erti bahagia dan duka..selamat tahun baru islam dan  semoga sejarah tidak akan berulang lagi.. terimalah saya seadanya saya.. ^_^




Isnin, 22 Oktober 2012

~♥♥ Bila Saya Pilihan Awak ♥♥~

"Kawin nga abg ek,nti hbs bljr dh kije kite kawin..nti abg bgtau Ma abg..insyaAllah abg akn bgtau gak,tunggu mse sesuai je..abg dh fikir dh, nti abg g msuk mtk syg,abg doakan dia jmpe dgn yg lgi baik,abg pilih syg, abg nk syg ,abg xnk lukakan hti sape2 dh..menyesal dh..xde guna rmai awek lau hdup xbhgia ckup la syg sorg"

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah.. bila ayat ini disebut ternyata si lelaki telah menyuarakan hasrat untuk menjadikan si perempuan ratu hatinya dan pendamping hidupnya.. pernah dengar daripada penceramah ustaz Azhar Idrus bahawa bila si lelaki melamar perempuan dan perempuan itu memberi jawapan yang positif tidak kira sama ada secara terang atau tidak tetapi masing-masing faham maksudnya bahawa perempuan menerima lamaran si lelaki untuk menjadi suri hidup dan pendamping hidup si lelaki bermakna mereka telah bertunang..



Ku tahu aku bukan yang pertama
Ku tahu kau pernah jalan dengannya
Namun ini bukan cinta pengganti
Bila kau memang sayang kepadaku
Bila kau memang memilih diriku
Buang saja semua kisah lalumu

Ku ingin hanya aku cintamu
Ingin hanya satu sayangmu
Jangan pernah kau membagi hatimu

Meski aku bukan cinta pertama
Jadikan aku yang terakhir
Menjagamu mencintamu kekasihku selamanya

Sungguh mati kini kau selalu ku tunggu
Ku ingin hanya aku cintamu
Ingin hanya satu sayangmu
Jangan pernah kau membagi hatimu

Meski aku bukan cinta pertama
Jadikan aku yang terakhir
Menjagamu mencintamu kekasihku selamanya

Dengarkan kesungguhanku
Ku ingin hanya aku cintamu
Ingin hanya satu sayangmu
Jangan pernah kau membagi hatimu

Meski aku bukan cinta pertama
Jadikan aku yang terakhir
Menjagamu mencintamu kekasihku selamanya

Ku ingin hanya aku cintamu
Ingin hanya satu sayangmu
Jangan pernah kau membagi hatimu

Meski aku bukan cinta pertama
Jadikan aku yang terakhir
Menjagamu mencintamu kekasihku selamanya






Pesanan untuk si dia....

jangan pernah menghancurkan kepercayaan orang yang sayang kamu dan jangan pernah memberi harapan kerana harapan itu amat menyakitkan.

1. Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia
2. Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia
3. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tak pasti
4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya
5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
6 HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahi nyer.

Rabu, 3 Oktober 2012

Alhamdulillah..Sakit itu kafarah dosa..^_^

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” - Surah Asy-Syura, ayat 30."


Assalamualaikum..
bismillahirrahmnirrahim..

       Alhamdulillah dah masuk bulan oktober.. herm.. tak sangka cepat je masa berjalan..hari ni hari lahir ayah saya.. ayah saya yang tersayang.. yaAllah harap ayah saya sentiasa sihat,panjang umur dan sentiasa bahagia serta sentiasa di bawah redhaNYA..herm..hari ni saya nak up date blog tentang sakit itu kafarah dosa.. Alhamdulillah seperti yang telah termaktub dalam Al-Quran surah Asy-syura ayat 30 yang bermaksud "“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” - Surah Asy-Syura, ayat 30." mendengar dan membaca surah ni membuatkan saya rasa begitu bersemangat menjalani hari2..

       Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. sakit..? jangan risau.. ada yang cakap pada saya sakit itu kafarah dosa.. kita perlu sabar bila diberikan kesakitan.. suka mendengarnya.. dan ada juga yang cakap.. sakit.? jangan dilayan sangat sakit tu.. kalau dilayan sakit tu akan bertambah teruk.. betul juga kata si dia.. senyum.. bila sakit jangan pernah merungut.. ingat Allah sayang hambanya sebab itu kita diberikan kesakitan.. hidup perlu diteruskan jangan mengalah pada penyakit.. Selagi hidup, kita harus teruskan perjuangan dan jangan lupa untuk menikmati nikmat Allah.. sakit perlu diubati bukan untuk ditangisi.. jumpa doktor,makan ubat dan jangan lupa untuk memohon doa dariNYA.. ^_^



p/s : hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)







Isnin, 24 September 2012

~♥♥ YaAllah indahnya anugerahmu( CINTA ) ♥♥~

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah hari ni mood baik2 saje.. 2-3 ari ni kesihatan tak berapa baik.. ada jer masalahnya. apa pon saya mesti kuat.. pesan dari seseorang kita jangan layan sangat sakit barula takkan ada apa2.. iskh3.. tak nak melencongla hari ni saya just nak citer sal indahnya anugerah Allah( cinta ). Kisah tentang tiga remaja dan kisah cinta mereka. ^_^

Kisah remaja pertama M.N.A
"aku tidak layak,sbb 2 aku lepaskan..bagi peluang kat org lain yg lebih layak lgi bagus,,dari dlu smpai skrg aku memang bagi peluang kat org yg lebih layak,lebih baik dari aku..harap dua2 dapat kebahagian bersama dgn mereka yg tersayang..Impian semester ini,,dptkn result 3.80..InsyaAllah..." kisah seorang remaja lelaki yang tak dapat memilih antara dua orang kesayangannya dan akhirnya buat keputusan untuk mengundur diri demi untuk menjaga hati kekasih hatinya.Mungkin baginya itu yang terbaik untuk semua. biar semua terluka dan tiada yang bahagia atas penderitaan orang lain.. saya hormat keputusannya..setiap individu mesti ada keputusannya sendirikan..apa2 pun setiap keputusan yang dibuat adalah  atas dasar memikirkan perasaan orang lain juga.. semoga remaja lelaki berjaya dunia dan akhirat.. apa pun indahkan anugerah Allah..duhai remaja lelaki istikharahlah semoga Allah permudahkan semuanya.. jika mereka jodohmu,mudahkanlah "Rabbi yassir, wala tua'ssir. Mudahkanlah jangan Kau susahkan."


                                            
                                                        Kisah remaja kedua N.H

"Untuk kita mencintai seseorang, haruslah kita belajar mencintai diri kita terlebih dahulu.. Kerana, jika hari ini anda sanggup menganiaya diri anda kerana "cinta", tidak mustahil suatu hari nanti anda akan menyeksa diri mereka seperti mana anda menyeksa diri anda hari ini..☑ Kebahagiaan hidup bermula dari diri kita sendiri.." seorang remaja perempuan yang agak matang,bukan kali pertama bercinta tapi pertma kali merasakan sayang yang teramat sangat pada seseorang..tabahkan hatimu duhai remaja.. walaupon dalam cubaan untuk menerima setiap keputusan namun jauh di sudut hati si dia amat sedih. apapun remaja perempuan ini amat matang dan kuat..Duhai remaja perempuan.. kuatkanlah hatimu untuk hadapi semua ni.. ingat Allah sentiasa ada untuk kamu..indahnya Anugerah Allah( cinta ) "Kalau kita SAYANGKAN seseorang itu ,LEPASKAN dia pergi , jangan kita halang dia...Andai sudah TERSURAT dia milik kita, suatu masa nanti dia pasti KEMBALI kepada kita walau SEHEBAT manapun pengganti yang dia jumpa...jadikan dia sebagai cinta high Classmu.

                                            
                                                          Kisah remaja ke dua I.K

"Cinta itu FITRAH..anugerah yang diberikan oleh Allah ke dalam hati hambaNya..jika dirimu MENGHORMATI anugerah ini, maka JANGANLAH menodainya dengan hawa nafsu..kamu mencintainya, tapi juga harus MEMAHAMI bahawa cinta tidak harus MEMILIKI..yang membuatkan dirimu berfikir untuk MEMILIKI insan yang kamu cintai itu adalah NAFSU.."Kisah seorang remaja yang baru mula nak bercinta.kali pertama jatuh cinta dan pernah bermatlamat untuk bercinta untuk kahwin. seorang yang manja dan suka merajuk dan belajar untuk menjadi lebih tabah dalam menerima semua yang berlaku.Walaupon sukar untuk menerima semua yang berlaku dalam sekelip mata namun hatinya berusaha menjadi kuat..Alhamdulillah dia dipertemukan dengan sidia dan dia yang mengajar diri untuk menjadi lebih matang.. kenangan cinta yang berlaku akan dijadikan sebagai kenangan yang terindah..Duhai remaja "Andai kita SAYANGKAN sesuatu benda itu, JANGANLAH kita genggam ia terlampau KUAT, bimbang ianya akn PECAH dalam genggaman kita SENDIRI"Andai kamu syg kn dia , lepas kn la dia pergi...biar kn dia bahagia...Andai dia jodoh kamu, dia akan kembali pd kamu dan setia utk kamu selamanya..." biarkan dia cintaimu kerana agamamu..








Sabtu, 22 September 2012

~♥ YaAllah seandainya dia tahu ~♥

"Kadang-kadang SAAT kita SEDIH, TERINGATKAN seseorang. Apa PERLU BUAT? BERDOALAH. ISTIKHARAH , insyaALLAH akan kau temuinya JALAN-NYA di situ


Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...


     Alhamdulillah syukur pada Allah hari ni merupakan hari yang amat bermakna untuk saya.. untuk pertama kalinya saya belajar masak dari housemate..Gembira dapat masak. akhir tahun sem lepas saya pernah berhasrat untuk masak untuk si dia.. hari ini si dia ada latihan palapes. saya memang bercadang untuk masak pada sidia.. Menu hari ni ialah nasi lemak saya tak tau sama ada sidia suka atau tak. Ingat pada mulanya nak mesej bagitau si dia saya nak bagi si dia rasa masakan saya..bersungguh-sungguh saya masak.. bekas dah ada,masakan pon dah siap.. menunggu si dia pulang dari latihan tapi dalam menunggu hati berbelah bagi sama ada nak bagi si dia rasa atau tak maknanan yang saya masak.. bagi kawan-kawan rasa,bangga bila kawan2 puji masakan saya. kali pertama buat nasi lemak kut. huhuhuhu.. tak sabar menunggu sidia balik latihan tapi niat terpaksa dibatalkan sebab saya takut si dia tak sudi rasa masakan saya. Sedih bila niat terpaksa dibatalkan. Apapun saya berharap sangat si dia dapat rasa masakan saya nanti.. tapi mungkin harapan hanya akan tinggal harapan..





Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya
p/s : Perkara paling manis ialah ketika dua orang saling merindu, namun tidak berkomunikasi.Tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujud masing-masing...^__^